Tuesday, April 13, 2010

Kematian...

Kematian...
sesuatu yang pasti...
kita tidak dapat menduga
bilakah tarikh keramat itu akan tiba
dengan cara apakah ia datang..

Kematian...
kata lawan bagi kehidupan...
sesuatu yang sangat dapat mempengaruhi kehidupan insan...
suasana yang ceria bertukar suram...
kegembiraan bertukar kesedihan...
tawa riang bertukar tangisan...
begitukah kita menyambut kematian...?
tepulang kepada individu...

Kematian itu pasti... 
semua insan mengetahui hal itu....
tapi...masih...
masih takut menghdapinya....
kerana mereka sedar.... 
kematian bukan pengakhiran kehidupan....
kematian adalah titik permulaan kehidupan yang baru...
kehidupan yang tiada akhirnya... itulah kehidupan akhirat...

Kepada yang duluan pergi menemui Ilahi...
semoga sentiasa mendapat rahmat Allah disepanjang perjalanan...
semoga amalan yang dicatat disebelah kanan dapat dibuat bekalan...

Kepada yang masih belum pergi...
janganlah kalian leka (termasuk hamba yang melirik)...
persiapkan bekalan yang secukupnya... 
dan sentiasa mendoakan semoga perjalanan mereka-meraka yang pergi duluan lancar...

aku dengan spontan melirik... setelah mendengar berita bapa kepada kawan kuliah ku sudah pergi menemui Ilahi.... bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah...

dan tetiba aku teringatkan orang tua ku di kampung... sihatkah mereka..?... semoga Allah sentiasa melindungi kedua orang tua ku... aku masih belum bersedia untuk semua itu... mak ayah... along sayang kalian... jaga diri baik-baik... insyaAllah along akan sentiasa doakan mak ayah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik... murah rezeki... anak-anak yang soleh solehah.. diberi ketenangan jiwa... bahagia dunia akhirat.... dijauhkan dari segala bentuk maksiat dan niat jahat.... ameen.

No comments:

Post a Comment